"jika hendak meningkatkan rasa syukur, lihat orang dibawahmu jika hendak meningkatkan ilmu pengetahuan lihat orang diatasmu."

kerana manusia yg memandang kesenangan hidup orang lain tidak akan berasa cukup dengan apa yg dimilikinya.

kerana manusia yg memandang kebawah dalam menuntut ilmu akan sentiasa berasa selesa dengan ilmu yg dimilikinya.

Translate

Tuesday, January 22, 2013

Kamu Cantik Sekali

Saudari, kamu cantik sekali :

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Tuesday, January 15, 2013

Terus Bertahan...

saat ini aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasakan
pelbagai rasa bercampur baur... .
antara percaya dengan tidak
antara marah dengan sayang
antara sedih dengan mengharap
benar... .hati ini sering disakiti namun jauh dalam sanubari
aku masih mengharapkan sakit ini akan terubat
benar... ..hati ini sangat terluka dengan apa yang pernah terjadi
namun aku masih jua berharap luka ini akan sembuh

tapi... ..sampai bila aku harus mengharap
rasa percaya itu telah hilang... ... 
kerana berkali-kali aku percaya namun aku tetap dibohongi
kenapa harus begini... ..kenapa takdir aku begini... ... .
aku tahu aku tak seharusnya menyalahkan takdir atas apa yang berlaku
kerana itu aku masih bertahan kerana aku yakin
setiap yag berlaku ada sebab dan hikmahnya... ... 
DIA tidak akan menguji hambaNya mengatasi batas kemampuan
DIA mencipta sesuatu masalah agar hambaNya dekat padaNya
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya... ... ... ..

maka... ..kerana itulah aku masih di sini... ..
mencuba untuk terus bertahan
meski dugaan sentiasa datang
mengetuk pintu hati yang semakin goyah
dengan harapan apa yang berlaku akan mematangkan
dan diberi kekuatan untuk menempuh
segala cubaan yang bakal tiba... ... ..
semoga nanti akan ada sinar bahagia buat aku
melayari hidup yang sempurna dalam ketidaksempurnaan... ...

Ku Tinggalkan Kenangan Lalu


Aku tinggalkan kenangan yang lalu,

Walalupun hatiku terluka,
Dengan kemaafan yang kupohon darimu,
Aku merelakan kenangan itu pergi begitu saja



Aku tinggalkan kenangan yang lalu,
Bersamamu sewaktu kita pernah bersua,
Walau berat hatiku untuk melupakannya
Kenangan yang berlalu itu begitu menyakitkan



Aku tinggalkan kenangan yang lalu,
Walaupun tanpa kerelaan hatiku
Yang pasti aku terpaksa mengikut kehendak insan lain
Untuk tidak berhubung lagi dan bersua lg dgnmu



Aku tinggalkan kenangan yang lalu,
Walaupun pahit hendak kutelan
Namun itulah ketentuan Nya
Semoga kau akan berbahagia dengan insan yg lebih baik dariku



Doaku agar aku diberi kekuatan untuk menempuh
Segala rintangan yang mendatang
Aku pasrah dengan ketentuanmu Illahi
Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa yang terjadi ini
Semoga aku diberi ketenangan dihati agar dapat
Melupakan kenangan yang berlalu dengan kerelaan hatiku ini
Kerana yang terindahmu hanyalah sementara waktu... .


Thursday, January 3, 2013

~♥~Jodoh~♥~


►►►Rupa◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih Rupa..Tetapi bertanya..Adakah dirimu secantik Nabi Yusuf..✽ ✽

►►►Harta◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih harta..Tetapi bertanya..Adakah dirimu sekaya akhlak Nabi Muhammad s.a.w..✽ ✽

►►►Pangkat◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih yang berpangkat..Tetapi bertanya..Adakah diriku setinggi darjatnya disisi Allah S.W.T ✽ ✽

►►►Cantik akhlak..◄◄◄

✽ ✽ Memilih akhlak yang berbudi pekerti..Tetapi sebelum pilih..bertanya pada diri..Adakah dirimu berakhlak mulia..✽ ✽

►►►Inginkan Yang Hampir Sempurna..◄◄◄

✽ ✽ Jangan memilih yang hampir sempurna..Tetapi bertanya..Adakah dirimu hampir sempurna..✽ ✽

❣❣ Jadilah solehah andai kamu inginkan yang soleh..Jadilah soleh andai kamu inginkan yang solehah.Sesungguhnya..Allah Tahu Yang Terbaik untuk hambaNya❣❣

❝Nasihat ini..sering ku pegang..Agar diriku perbaiki diriku andai ingin yang terbaik..Diriku penuh kekurangan.Sungguh diriku hanya hamba Allah yang dhaif❞

❝Jangan Mencari Yang Sempurna..Kelak..Merana dirimu..Kerana Itu..Ramai Orang Tiada bernikah..Tiada Manusia yang sempurna..Tetapi terimalah mereka seadanya❞

Kesalahan

Apabila seseorang tak dapat melihat kesalahan dalam dirinya maka ia akan terus melihat kesalahan dalam diri orang lain.. Ini yang berlaku hari ni apebila masing2 mencari salah orang lain sedangkan Allah tak pernah beri tugas itu untuk kita.. Allahurabbi. #Menegur kesalahan orang lain. Bukan asyik cari salah orang lain je. ♥♥♥